..SEMOGA SEMUANYA BAIK-BAIK SELALU..

Rokok itu dinyalakan. Melihat skrin laptopnya, asap rokok disedut dan dihembus semula menyaring nikotin tinggal di dalam peparunya Dia mencari kekuatan untuk menulis. Ketika ini hanya masa depannya sahaja yang menjadi kegalauan dalam hatinya. Apa yang buat dia tenang hanyalah gambar seseorang. Seseorang yang dia rasa telah lama buat dia tersenyum sendiri. Ya, tersengih seorang diri macam kerang busuk.

Hahaha.

Apakah keputusan yang diambil setahun lalu ini langkah yang betul? Atau cuma atas rasa dendam. Dendam terhadap seseorang yang dia rasa membunuh masa depannya? Atau seglala petaka ini berlaku kerana masih lagi tidak dapat memaafkan orang yang paling dia sayang? Orang yang paling berjasa dalam hidupnya sehingga akhir hayatnya yang dia pasti tidak akan mampu untuk membalas jasa mereka. Ibu dan bapanya. Sebak dan sayu mula menyusup jauh ke dalam hatinya. Dia bingung. Namun, dikuatkan juga demi menjaga maruah dan air muka ibu dan bapanya. "Kita minta maaf mak, abah. Orang dah lama maafkan mak dengan abah"

Usianya sudah melonjak 27 tahun ini. Tapi dia berasa cekal untuk tidak mahu mencari calon suri hidupnya lagi. Kerana baginya dia masih belum mampu untuk menyara dirinya sendiri, inikan pula menyara bakal isterinya dan keluarga. Hahaha gelak lagi. Yalah, nasib seorang student tua macam dia, apalah yang mampu untuk dia lakukan. Tak seperti orang bekerja. Tapi jangan silap. Rezeki ada di mana-mana. Begitu juga jodohnya yang dia percaya telah lama ada cuma masih belum bertemu lagi. dia pun tidak tahu siapa. Kerap juga dia menyampaikan salam rindunya kepada jodohnya di luar sana, cuma masih belum lagi bersahut. Macam orang gila.

Kakaka.

Oh, berkenaan gambar seorang gadis tadi. Jeng jeng jeng. Amboi kau orang yang baca ni, gedik sangat kan. KAH! Dia sangat mengenali wajah itu. Dibelek akaun twitter gadis itu, last tweet 31 Oct 2012. Di facebook pula tidak ada kiriman fikiran pada dinding akaun itu. Cuma apa yang buat dia senyum, tulisannya ucapan selamat hari lahir kepada gadis itu pada Februrari lepas dibalas "Thanks Hakim!". Hah, kantoi!

Mcam mana nak berhubung? Atau sudah boleh berhenti daripada terus berharap? Tak, dia akan terus berharap.

Semoga semuanya baik-baik selalu.

..FACEBOOK COMMENT DULU..

Hahaha,,bukanlah hanya sebab yang mengakibatkan sahaja yg difikirkan dalam menghalang penggunaan kalimah Allah di dalam bible versi BM ini. Bermula dgn setiap soalan beserta jawapan 'sendiri pikir' itu, aku dapat mentafsir ada 2 sebab situasi itu berlaku. Pertama, berbincang dgn paderi. Kedua, perbincangan semakin menjadi bangang!

Pertama sekali perlu dilihat dari mana isu ini dibangkitkan. Isu ini dibuat oleh pihak yg sama yg telah menuntut kpd kerajaan Malaysia utk meluluskan penubuhan IFC suatu masa dahulu. Setelah gagal, usaha konsisten mereka utk mencari kelemahan sistem perundangan negara telah memberi idea utk menggunakan kalimah Allah di dalam bible versi BM ini. Idea ini adalah bertujuan memberi kelebihan kpd mereka utk meningkatkan usaha kristianisasi di kalangan umat Islam. Terlalu banyak kepincangan yg boleh mereka cipta, kekeliruan akidah di kalangan umat Islam yg boleh membantu mereka dlm usaha kristianisasi ini. Senang kata meningkatkan jumlah kes-kes murtad di Malaysia. Ini tujuan mereka sebenarnya.

Kedua, adalah jumud dgn menjawab soalan-soalan di atas utk ‘berfikir sendiri’ dapat menghalang perkataan-perkataan bible versi BM ini drpd tersebar melalui risalah-risalah kristianisasi mereka. Tidak semestinya hanya dgn pergi ke gereja sahaja bible BM ini boleh dibaca. Kita perlu faham sekiranya ditulis di mana-mana risalah atau media social ayat-ayat bible ini, adakah mampu utk kita menghalang ianya drpd dibaca oleh orang lain?. Diri kita insyaallah boleh terlepas drpd pemesongan akidah, tetapi anak-anak kita nanti, cucu-cucu kita nanti bagaimana? Pasti berbeza kerana pendidikan yg mereka terima adalah berbeza dgn kita hari ini sekiranya kalimah Allah digunakan di dalam bible versi BM. Mengapa aku katakan perbincangan itu menjadi semakin bangang adalah kerana seolah-olah hanya dgn pergi ke gereja sahaja ayat-ayat bible ini boleh dibaca. Sekali lagi aku tegaskan, jgn terlalu sempitkan fikiran itu.


Ketiga, janganlah disebabkan terlalu taksub dgn kepimpinan seseorang itu, kita dilaknat Allah dgn menjadi buta hati sehingga tidak boleh membezakan mana yg baik dan mana yg batil. Menjadi bodoh seperti lembu yg ditindik di hidung hanya mengikut bulat-bulat tanpa ada hujah-hujah yg arif. Nauzubillahi minzalik. Bukan dia seorang sahaja ulamak yg ada di atas muka bumi ini. Bertebaranlah mencari ilmu di atas muka bumi ini itu adalah yg lebih baik pada pandangan Allah. Berguru biarlah beribu. Wallahua’alam.

..GAMBARAN PERIBADI..

Setiap daripada kita tentu pernah terfikir mengapa bila berkomunikasi dengan orang sekeliling, reaction mereka adalah sama. Kadang-kadang pelik kenapa setiap kali berjumpa dengan orang yang tidak kita kenal, mudah untuk menjadi karib dalam definition kau laa. Itu cuma satu contoh sahaja. Ada lagi jenis-jenis reaction yang pelbagai yang menjadi tanda tanya. Mari sini abang terangkan.

Apabila dua individu yang saling tidak mengenali berjumpa untuk kali pertama, boleh kata 99% first impression tentang individu itu adalah salah. Kerana apa? Sebab bila kita berjumpa atau berkenalan dengan seseorang yang kita tidak kenal, kita tend untuk merendah diri, tidak menunjukkan perangai tak senonoh, sentiasa act cool kan? Kan? Kan?. Berlakon untuk menjadi orang lain. Bukan sikap sebenar. Itulah sebabnya kenapa peratusan wrong-for-the- first-impression tinggi. Dan peratusan itu akan sentiasa berkurangan bila kita sering menghubungi dan berjumpa dengan individu tersebut. Dalam kata lain mengenali hati budi orang itu. Ah, ini faktor nombor dua sebenarnya.

Faktor nombor satu adalah faktor nombor dua hanya terjadi bersandarkan niat untuk berjumpa/berkenalan dengan individu itu. Dengan orang yang tidak dikenali itu laa. Jika untuk berkawan, mungkin layanan kau dengan orang itu tidak terlalu serius. Boleh jadi perjumpaan kali pertama sahaja kau dah kentut kuat-kuat depan orang itu *face-palm*. Lain pula jika kau berjumpa untuk jadikan pasangan. Chewwwahhh. Yang ini abang tak nak terangkan lebih-lebih. Kau orang dah besarkan? Pandai-pandailah fikir. Haa nampak tak logik kenapa abang berikan faktor nombor dua terlebih dahulu. Untuk mudahkan kau orang faham juga. Kalau tak mesti kau orang terus tak nak baca entri abang seterusnya. Hahaha.

Baik, ini faktor yang paling serius mengapa semua orang benci kau setiap kali kau nak memulakan perbualan dengan orang sekeliling kau. Contoh saja tahu. Jangan sensitif sangat. Hehehe. Apa yang paling utama dalam silaturrahim adalah sikap kita sendiri. Ini peranan utama sebenarnya. Satu perkara kita perlu ingat, orang sekeliling kita umpama cermin pada peribadi kita. Mereka cuma react dengan peribadi kita. Jika baik, baiklah yang kita akan hadap. Begitu sebaliknya. Tetapi mesti kau ingat kalau perangai kau macam setan, kenapa ada je orang lain baik dengan kau? Kenapa boleh je orang tu masuk dengan perangai kau? Perlu ingat tu dik, kalau kau dah setan, setan je laa yang akan berkawan dengan setan lain. Hahaha. Kalau tak percaya, cuba nilaikan sendiri. Biasanya menilai sikap orang lain lebih mudah berbanding melihat sikap sendiri. Samada orang yang melayan baik kau tu jenis setan ke atau malaikat. Kalau malaikat, baguslah. Kalau kau rasa ada yang perlu diperbetulkan, berubah. Mudahkan?

Gambaran peribadi ada pada orang sekeliling kita. Watch out!


..JUJUR DENGAN PERASAAN BUKAN PADA UCAPAN..

Jam di paparan monitor LCD 22 inci menunjukkan tepat pukul 2.13 pagi. Dia mula menaip tentang apa yang dia rasakan waktu ini. Berbaur. Dia masih tidak dapat merumuskan untuk sebuah rasa. Terlalu banyak kenangan dicipta pada hari-hari lepas buat dia lemas. Nafas mula tak keruan, tapi digagahkan jua mengatur rentak proses pertukaran udara itu demi meraih oksigen. Live must go on, tak bernafas bagaimana nak teruskan hidup ya tak?

Dia kekok. Janggal berhadapan dengan manusia yang ramah. Dia tahu batasan, dia dididik dengan nilai agama yang tak seberapa. Tapi setiap apa yang dia tahu, dia amalkan. Dia janggal. Bilamana gadis yang dijumpai petang semalam menghulurkan tangan untuk bersalam dan mencium tangannya. Scene itu dilakukan bersahaja demi menghiburkan rakan-rakan yang lain. Dalam erti kata lain, lakonan. Dua kali dia cuba menolak, tapi tidak kali ketiga. Demi menjaga air muka kawan itu, disambut juga tangan itu. Berderai gelak. Dia gelak. Dia serba salah. Dia abaikan.

Jujur dia katakan kawan itu seorang yang baik. Bagaimana dia nak menggelarkan kawan perempuannya itu jahat selagi dia sendiri tak mengenali kawan itu dengan lebih mendalam? Kejam dia rasakan. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Teruskan berkawanlah bro!!! Wat lek wat pis. Secara peribadi, dia have fun keluar petang semalam. Dengan rakan-rakan yang masing-masing kepala ting-tong. Apa boleh buat, mereka hadir dalam kehidupannya setelah apa yang dirancang dalam skrip teater itu.

Jujur dengan perasaan bukan pada ucapan. Hati yang akan membisikkannya.

..SUKA, TAPI ITULAH..

Kau boleh berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku. Tapi hati kau? Sampai bila kau nak menipu orang lain? Mulut kata lain tapi hati kau mengharap sebaliknya. Boleh tak ini dikategorikan bukan menipu diri sendiri? Sebab sampai sekarang aku tak faham istilah menipu diri sendiri. Shit!

Memang aku tahu lelaki dan perempuan tidak boleh selamanya menjadi kawan baik. Tipu kalau aku kata tidak timbul perasaan suka pada kawan baik kau tu walaupun sikit. Yeah, seems legit for boy but not girl. Dari statement ni pun dah boleh nampak betapa terseksanya lelaki ini. Bukan terseksa sangat pun cuma banyak perkara beliau nafikan demi menjaga hati perempuan. Dalam masa yang sama tanggunglah rindu tu sampai mati, bang.

Tapi perempuan steady je dia friend-zone lelaki. Ada setengah tu boleh bercinta dengan lelaki lain tapi bila kecewa cari balik kawan baik tu nangis-nangis mengadu. Yang masih lagi berkawan lepas perempuan tu berkahwin pun ada lagi, dik. Nasib baik abang tak macam tu. Lagi power abang tak datang langsung semua majlis kahwin crush abang. Gila kau dik nak datang majlis kahwin orang yang pernah kau suka? Mati akal abang tak boleh khadam benda tu. Tapi jangan pelik, ada je yang buat selamba hadir. Jenis hati kering. Macam abang hati tisu. Hahaha.

Ya itu fakta yang kita harus terima. Seburuk mana pun perangai perempuan itu (aku tak kata muka hodoh), lelaki itu tetap boleh jatuh hati bila dah lama berkawan dan buat banyak perkara bersama-sama. Tak hari ni, esok. Tak esok, minggu depan. Tak minggu depan kau tunggulah satu hari nanti dia mesti sukakan kau. Ni bukan abang reka cerita tahu. Sebab abang sendiri ada pengalaman dalam benda-benda macam ni. Tu sebab abang kata tadi abang tak datang semua majlis kahwin crush abang. Ramai yang abang admire dulu. Kakaka.

So, bagi aku perkara macam ni mudah. Yakin dengan jodoh masing-masing. Soal hati dan perasaan ni bukanlah perkara yang kekal. Percaya Allah yang memegang hati kita ni. Anytime or anyhow, He can twist whatever you are feeling right now. He know the best for us. It just the matter of times. Be patient. Ada ramai lagi lelaki/perempuan dekat luar sana yang boleh dijadikan suri hidup kau dik/abang. Bersabarlah.

Selamat pagi kepada jodohku di luar sana. Semoga kita dipertemukan satu hari nanti. Salam sayang.