..SEMOGA SEMUANYA BAIK-BAIK SELALU..

Rokok itu dinyalakan. Melihat skrin laptopnya, asap rokok disedut dan dihembus semula menyaring nikotin tinggal di dalam peparunya Dia mencari kekuatan untuk menulis. Ketika ini hanya masa depannya sahaja yang menjadi kegalauan dalam hatinya. Apa yang buat dia tenang hanyalah gambar seseorang. Seseorang yang dia rasa telah lama buat dia tersenyum sendiri. Ya, tersengih seorang diri macam kerang busuk.

Hahaha.

Apakah keputusan yang diambil setahun lalu ini langkah yang betul? Atau cuma atas rasa dendam. Dendam terhadap seseorang yang dia rasa membunuh masa depannya? Atau seglala petaka ini berlaku kerana masih lagi tidak dapat memaafkan orang yang paling dia sayang? Orang yang paling berjasa dalam hidupnya sehingga akhir hayatnya yang dia pasti tidak akan mampu untuk membalas jasa mereka. Ibu dan bapanya. Sebak dan sayu mula menyusup jauh ke dalam hatinya. Dia bingung. Namun, dikuatkan juga demi menjaga maruah dan air muka ibu dan bapanya. "Kita minta maaf mak, abah. Orang dah lama maafkan mak dengan abah"

Usianya sudah melonjak 27 tahun ini. Tapi dia berasa cekal untuk tidak mahu mencari calon suri hidupnya lagi. Kerana baginya dia masih belum mampu untuk menyara dirinya sendiri, inikan pula menyara bakal isterinya dan keluarga. Hahaha gelak lagi. Yalah, nasib seorang student tua macam dia, apalah yang mampu untuk dia lakukan. Tak seperti orang bekerja. Tapi jangan silap. Rezeki ada di mana-mana. Begitu juga jodohnya yang dia percaya telah lama ada cuma masih belum bertemu lagi. dia pun tidak tahu siapa. Kerap juga dia menyampaikan salam rindunya kepada jodohnya di luar sana, cuma masih belum lagi bersahut. Macam orang gila.

Kakaka.

Oh, berkenaan gambar seorang gadis tadi. Jeng jeng jeng. Amboi kau orang yang baca ni, gedik sangat kan. KAH! Dia sangat mengenali wajah itu. Dibelek akaun twitter gadis itu, last tweet 31 Oct 2012. Di facebook pula tidak ada kiriman fikiran pada dinding akaun itu. Cuma apa yang buat dia senyum, tulisannya ucapan selamat hari lahir kepada gadis itu pada Februrari lepas dibalas "Thanks Hakim!". Hah, kantoi!

Mcam mana nak berhubung? Atau sudah boleh berhenti daripada terus berharap? Tak, dia akan terus berharap.

Semoga semuanya baik-baik selalu.

No comments:

Post a Comment