..FACEBOOK COMMENT DULU..

Hahaha,,bukanlah hanya sebab yang mengakibatkan sahaja yg difikirkan dalam menghalang penggunaan kalimah Allah di dalam bible versi BM ini. Bermula dgn setiap soalan beserta jawapan 'sendiri pikir' itu, aku dapat mentafsir ada 2 sebab situasi itu berlaku. Pertama, berbincang dgn paderi. Kedua, perbincangan semakin menjadi bangang!

Pertama sekali perlu dilihat dari mana isu ini dibangkitkan. Isu ini dibuat oleh pihak yg sama yg telah menuntut kpd kerajaan Malaysia utk meluluskan penubuhan IFC suatu masa dahulu. Setelah gagal, usaha konsisten mereka utk mencari kelemahan sistem perundangan negara telah memberi idea utk menggunakan kalimah Allah di dalam bible versi BM ini. Idea ini adalah bertujuan memberi kelebihan kpd mereka utk meningkatkan usaha kristianisasi di kalangan umat Islam. Terlalu banyak kepincangan yg boleh mereka cipta, kekeliruan akidah di kalangan umat Islam yg boleh membantu mereka dlm usaha kristianisasi ini. Senang kata meningkatkan jumlah kes-kes murtad di Malaysia. Ini tujuan mereka sebenarnya.

Kedua, adalah jumud dgn menjawab soalan-soalan di atas utk ‘berfikir sendiri’ dapat menghalang perkataan-perkataan bible versi BM ini drpd tersebar melalui risalah-risalah kristianisasi mereka. Tidak semestinya hanya dgn pergi ke gereja sahaja bible BM ini boleh dibaca. Kita perlu faham sekiranya ditulis di mana-mana risalah atau media social ayat-ayat bible ini, adakah mampu utk kita menghalang ianya drpd dibaca oleh orang lain?. Diri kita insyaallah boleh terlepas drpd pemesongan akidah, tetapi anak-anak kita nanti, cucu-cucu kita nanti bagaimana? Pasti berbeza kerana pendidikan yg mereka terima adalah berbeza dgn kita hari ini sekiranya kalimah Allah digunakan di dalam bible versi BM. Mengapa aku katakan perbincangan itu menjadi semakin bangang adalah kerana seolah-olah hanya dgn pergi ke gereja sahaja ayat-ayat bible ini boleh dibaca. Sekali lagi aku tegaskan, jgn terlalu sempitkan fikiran itu.


Ketiga, janganlah disebabkan terlalu taksub dgn kepimpinan seseorang itu, kita dilaknat Allah dgn menjadi buta hati sehingga tidak boleh membezakan mana yg baik dan mana yg batil. Menjadi bodoh seperti lembu yg ditindik di hidung hanya mengikut bulat-bulat tanpa ada hujah-hujah yg arif. Nauzubillahi minzalik. Bukan dia seorang sahaja ulamak yg ada di atas muka bumi ini. Bertebaranlah mencari ilmu di atas muka bumi ini itu adalah yg lebih baik pada pandangan Allah. Berguru biarlah beribu. Wallahua’alam.

No comments:

Post a Comment