..GAMBARAN PERIBADI..

Setiap daripada kita tentu pernah terfikir mengapa bila berkomunikasi dengan orang sekeliling, reaction mereka adalah sama. Kadang-kadang pelik kenapa setiap kali berjumpa dengan orang yang tidak kita kenal, mudah untuk menjadi karib dalam definition kau laa. Itu cuma satu contoh sahaja. Ada lagi jenis-jenis reaction yang pelbagai yang menjadi tanda tanya. Mari sini abang terangkan.

Apabila dua individu yang saling tidak mengenali berjumpa untuk kali pertama, boleh kata 99% first impression tentang individu itu adalah salah. Kerana apa? Sebab bila kita berjumpa atau berkenalan dengan seseorang yang kita tidak kenal, kita tend untuk merendah diri, tidak menunjukkan perangai tak senonoh, sentiasa act cool kan? Kan? Kan?. Berlakon untuk menjadi orang lain. Bukan sikap sebenar. Itulah sebabnya kenapa peratusan wrong-for-the- first-impression tinggi. Dan peratusan itu akan sentiasa berkurangan bila kita sering menghubungi dan berjumpa dengan individu tersebut. Dalam kata lain mengenali hati budi orang itu. Ah, ini faktor nombor dua sebenarnya.

Faktor nombor satu adalah faktor nombor dua hanya terjadi bersandarkan niat untuk berjumpa/berkenalan dengan individu itu. Dengan orang yang tidak dikenali itu laa. Jika untuk berkawan, mungkin layanan kau dengan orang itu tidak terlalu serius. Boleh jadi perjumpaan kali pertama sahaja kau dah kentut kuat-kuat depan orang itu *face-palm*. Lain pula jika kau berjumpa untuk jadikan pasangan. Chewwwahhh. Yang ini abang tak nak terangkan lebih-lebih. Kau orang dah besarkan? Pandai-pandailah fikir. Haa nampak tak logik kenapa abang berikan faktor nombor dua terlebih dahulu. Untuk mudahkan kau orang faham juga. Kalau tak mesti kau orang terus tak nak baca entri abang seterusnya. Hahaha.

Baik, ini faktor yang paling serius mengapa semua orang benci kau setiap kali kau nak memulakan perbualan dengan orang sekeliling kau. Contoh saja tahu. Jangan sensitif sangat. Hehehe. Apa yang paling utama dalam silaturrahim adalah sikap kita sendiri. Ini peranan utama sebenarnya. Satu perkara kita perlu ingat, orang sekeliling kita umpama cermin pada peribadi kita. Mereka cuma react dengan peribadi kita. Jika baik, baiklah yang kita akan hadap. Begitu sebaliknya. Tetapi mesti kau ingat kalau perangai kau macam setan, kenapa ada je orang lain baik dengan kau? Kenapa boleh je orang tu masuk dengan perangai kau? Perlu ingat tu dik, kalau kau dah setan, setan je laa yang akan berkawan dengan setan lain. Hahaha. Kalau tak percaya, cuba nilaikan sendiri. Biasanya menilai sikap orang lain lebih mudah berbanding melihat sikap sendiri. Samada orang yang melayan baik kau tu jenis setan ke atau malaikat. Kalau malaikat, baguslah. Kalau kau rasa ada yang perlu diperbetulkan, berubah. Mudahkan?

Gambaran peribadi ada pada orang sekeliling kita. Watch out!


No comments:

Post a Comment