..NASIB ANAK-ANAK..

Perbezaan yang ada bukanlah matlamat untuk kita membeza-bezakan antara kita sesama umat tetapi adalah untuk mengenalpasti kelemahan diri kita agar dapat kita perbaiki untuk kebaikan pada masa hadapan. Tetapi berapa ramai yang sedar akan hakikat ini? Apa yang kita lakukan sebenarnya kepada orang di sekeliling kita di luar sana tentang menilai baik dan buruk seseorang itu? Baru aku sedar hidup ini sentiasa penuh dengan penilaian. Kita menilai dan dinilai. Jadi, apa yang kita belajar sebenarnya di dalam isi kandungannya?



Ini adalah berkaitan kehidupan yang kita sendiri sedang bermain di dalamnya. Tanpa kita sedar, modul latihan pengajaran yang ibubapa kita sampaikan kepada kita suatu masa dahulu tidak dapat kita gunakan lagi untuk kita mendidik generasi akan datang. Bukanlah salah ibu mengandung kerana mereka telah berjaya mendidik kita menjadi siapa kita hari ini. Alhamdulillah kita sentiasa dikurniakan seorang ibu untuk hidup di atas muka bumi-Nya. Tetapi apa persediaan kita untuk mendidik generasi akan datang selepas ini? Apa yang nyata kita sudah tidak boleh menggunakan lagi pendekatan yang ibubapa kita gunakan kepada kita. Bukan menolak modul tersebut bulat-bulat tetapi hampir keseluruhannya perlukan perubahan yang lebih baik, yang lebih effektif.

Rumus yang digunakan adalah mudah.

({Dunia yang berbeza x Cabaran yang berbeza} + Generasi yang berbeza = Pendidikan yang berbeza).

Tiga elemen ini adalah faktor utama yang membezakan antara generasi dan yang memainkan peranan paling besar adalah dunia yang kita hadapai dan cabarannya. Kerana jika kita ubah elemen dunia dan cabaran, necaya jawapan yang kita peroleh adalah perubahan yang sangat ketara.


Kita sedang hidup di dalam dunia maklumat yang sangat luas di mana kejadian yang berlaku walaupun jauh beribu batu dapat kita ketahui dengan satu klik sahaja. Itulah dia internet.
Dan juga antara cabaran yang kita hadapai hari ini adalah cabaran globalisasi yang berlaku di sekeliling kita. Ini adalah kaitannya dan jika kita mendapat pendidikan sosial yang sama, akan timbul persoalan siapakah kita 10 tahun daripada sekarang? Jadi, kita adalah generasi hari ini dan kita perlu sedar dengan perkembangan dunia pada masa kini. Apa yang sebenarnya kita perlu lakukan adalah responsif dengan segala perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

Soal pendidikan tidak banyak yang ingin aku kupas. Bagi aku, selagi kita berpegang teguh pada tali-Nya, tidak akan ada masalah yang tidak kita boleh selesaikan. Cuma apa yang aku cadangkan kepada bakal-bakal ibubapa, rujuklah kaunseling rumahtangga, belajar tentang ilmu rumahtangga. Ini adalah perkara yang selalu kita pandang sepi kerana ego dan merasa mudah untuk mendidik anak-anak. Ketahuilah, tidak ada perkara yang mudah di dalam dunia ini jika tanpa ilmu. Ramai orang beranggapan apabila sudah menamatkan pelajaran di universiti, mereka tidak perlu untuk belajar lagi. Ini adalah satu bentuk cara
berfikir yang dibina secara tanpa kita sedar disebabkan belajar, sama ada di sekolah hingga universiti, tanpa kerelaan atau tidak jelas mengapa mereka perlu belajar.



Tuntutlah ilmu sehingga ke negara Cina.
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.

Nasib anak-anak.

No comments:

Post a Comment