..SELAMAT BERJAYA KAWAN-KAWAN!..

Hari ini pasti tidak sama seperti hari semalam. Hari ini juga tidak sama dengan mana-mana hari yang berlalu ataupun yang mendatang. Kerana hari ini adalah penentu siapa kita pada esok hari. Kerana hari ini, keputusan yang kita ambil pasti akan mendatangkan akibat dan sebab. Inilah dia kehidupan. Setiap yang terjadi penuh dengan hikmah besar yang Allah S.W.T tetapkan dan saling berkait antara satu sama lain.

Sebagai contoh, hari ini kita melangkah setapak, esok kita sudah tidak berada pada tempat yang sama semalam. Orang Inggeris penah cakap, "The great future start with a single step". Aku sangat suka pepatah ini. Banyak yang perlu aku belajar untuk aku berjaya dalam kehidupan ini. Definisi berjaya? Setiap orang ada nilai yang tersendiri. Siapa yang bercucuk tanam, dialah yang menuai hasil.

Selamat berjaya kawan-kawan!

No comments:

Post a Comment