..SEGAR DALAM INGATAN..

Aku masih lagi mampu menghirup harum kenangan semasa zaman sekolah dulu. Zaman yang banyak mengajar aku erti dunia sebenar walaupun tanpa simulasi atau raptai untuk aku berada pada hari ini. Dalam lirik sebuah lagu kumpulan X.P.D.C, aku sangat meminati singkap lirik kata ini yang dipetik dari lagu yang bertajuk Semangat Yang Hilang;

"Di dalam kubur manapun,
Jasad aku ditanam,
Aku, akulah jua".

Sememangnya lagu daripada kumpulan ini banyak mengembalikan aku kepada zaman sekolah dahulu. Mungkin senikata liriknya yang banyak ditulis berkenaan kehidupan, mengamalkan sikap rendah diri, dan anjakan buah fikiran membuatkan lagu-lagu dari kumpulan ini 'terkena dalam jiwa' pada waktu itu sedang aku tercari-cari identiti diri sebenar. Itu istilah yang digunapakai oleh golongan 'rock kapak'. Boleh juga dikatakan aku ketika sedang menghidapi satu penyakit jiwa dalam mencari jati diri sebenar atau 'identity crisis'. Terpulanglah. Aku pun dah lama tidak berada dalam zon tersebut.

Inilah dia kelebihan sebuah lagu. Mampu untuk membawa kita ke sebuah dimensi lepas yang tidak boleh kita jangkau hari ini. Tidak kiralah lama mana sekalipun, pasti kita menjadi jelas saat ketika di mana kita berasal. Hanya disebabkan sebuah lagu, boleh membangkitkan rasa rindu kepada seseorang yang telah tiada di sisi kita hari ini. Aliran muzik lagu itu, boleh membuat luka yang lama berdarah kembali. Dan kerana maksud lirik lagu itu, pasti akan ada ruang gambaran dalam fikiran yang terpancar. Yang nyata ianya cukup jelas dan menjadi kenangan. Ibarat menyingkap tabir tirai memori lalu.

Ini adalah salah satu lagu yang banyak membuat aku berffikir. Sekali lagi senikatanya memainkan peranan yang sangat penting. Lagu: Segar Dalam Ingatan, Kumpulan: Real X.

Aku yang masih segar dalam ingatan
Mengiringi hidupku yang kesepian
Lama mungkin akan aku turutkan
Jika perlu terus aku perjuangkan
Bila larut malam yang menjadi saksinya

Oh demikian halus ciptaan ini
Makin terang di dalam satu rasa
Kita yang masih berlari tanpa beriringan
Lama mungkin aku dipertuankan
Lamanya mungkin akan ditentukan

Tak perlu takut kemungkinan yang datang
Jika ribut pasti juga ada tenang
Lama mungkin hidup di persimpangan
Lambat laun nanti aku ketahuan

Telah pun lalu mata yang menjadi kerdipan
Setiap insan punya nyawa yang tersendiri
Terokai hidup dengan nyata ada
Kita yang masih terapung bagai di awangan
Penantian tetap ada dalam tangan
Kepastian, kemungkinan

Segar dalam ingatan.




No comments:

Post a Comment