..SALAM UKHUWAH..

Terlalu banyak perkara yang aku lalui selama tidak menulis ini. Terlebih dahulu, dengan hikmah besar Subhanallahu Wata'ala, bacaan Al-Fatihah ini ditujukan kepada Allahyarham Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan bagi negeri Johor yang ke-4 yang telah pulang ke rahmatullah pada 22 Januari 2010. Semoga roh baginda dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

Terlalu banyak isu yang ingin dikupas tetapi ingatan aku terlalu cetek untuk mendalami isi kandungan satu-satu isu itu. Dari hal kebebasan untuk menyempurnakan Solat Jumaat setelah Solat Sunat Aidiladha sehinggalah isu penggunaan perkataan 'Allah' di dalam institusi-institusi gereja Kristian.

Kalau ada yang bertanya barulah aku berminat nak berkongsi pendapat. Kalau tak aku diam je la.

Salam Ukhuwah

No comments:

Post a Comment