..PELUANG..

Dalam hari-hari yang kita hidup di dalamnya, tidak semua yang dapat melihat sebuah peluang sama seperti insan lain. Keterbukaan, ilmu pengetahuan, pentafsiran dan bentuk sesuatu itu disampaikan kepada kita adalah tidak sama. Ada yang melihat pada posisi positif dan tidak kurang pula yang melepaskan ia ibarat sapaan angin yang mendodoikan. Manakala sebahagiannya pula memberi tanggapan yang negatif tanpa ada apa-apa dalil yang membenarkannya.

Untuk menjadikan setiap perkara itu peluang kita untuk berjaya bukanlah mampu untuk dilakukan oleh setiap manusia yang bergelar insan. Jika kita diberi peluang, kita seharusnya bersyukur dengan kelebihan yang ada dengan tidak menyia-nyiakannya kerana lebih ramai lagi yang tidak langsung berpeluang mengalami apa yang kita miliki.

Peluang.

1 comment:

  1. lame kan?...
    huhuhu...
    camni jela akibat kekangan masa bile dah bekerja...
    hargailah masa2 study...
    aku rindu sgt...

    ReplyDelete