..PELUANG KEDUA..

Dia mungkin melihat engkau seorang yang tidak setia. Ke mana sahaja engkau pergi pasti ada perempuan yang mengiringi. Kalaulah dia tahu setianya kau, kalaulah dia pernah hidup bersama engkau, setia kau sehingga pernah ditinggalkan. Suatu masa dahulu. Mungkin dia tidak perasan dahulu kau pernah menceritakan kisah cinta kau kepada dia, setianya kau dengan ex itu sehingga engkau tergamak mengguris hati dia mungkin. Dia mendengar dengan tekun, kau bercerita dengan penuh terkilan. Kerana kau pernah sukakan dia. Kawan-kawan lain tahu. Dan kau rasa dia pun tahu. Tapi engkau teruskan bercerita untuk katakan kau setia walaupun akhirnya itu satu pengkhianatan.

Dalam anugerah mengenali si dia, kau mungkin tidak perasan Tuhan beri peluang kedua.


No comments:

Post a Comment