..KETIDAKTENTUAN DI AKHIR RAMADHAN..

Balik ke rumah seminggu sahaja lagi sebelum raya. Ahad malam balik semula ke Johor Bahru dan Rabu balik semula ke Kuala Lumpur sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri. Terasa juga penat berulang-alik KL-JB beberapa kali. Belum pun sempat hilang penat duduk di dalam bas Jumaat malam lepas, hari Ahad ni dah nak kena balik semula ke JB. Tak boleh bayangkan macam mana hari Rabu nanti. Tapi tu aku tak heran sangat sebab balik kek KL dengan mood raya. Seronok.

Malam ni tak tahu apa yang dibuat. Hopping singgah ke mana-mana page yang terlintas dalam fikiran. Terbaca berita politik Malaysia yang semakin aku tak gemar warna liku perjalanannya. Timbul bermacam-macam perasaan bila aku bandingkan perjuangan orang-orang terdahulu dengan sekarang. Bezanya dengan ada wang dan nilai maruah. Tak banyak yang aku nak fikir tentang lakonan orang-orang sekarang. Terasa ingin hidup dan kerjakan apa yang jelas dah diamanahkan oleh mak abah sahaja.

Persiapan hari raya dah mula nampak dalam rumah ni. Tapi nak buat macam mana aku tak berapa nak sihat. Tolong tengok dari dekat boleh la. Tiba-tiba malam ni minat untuk mood kamera datang balik. Rasa teruja bila tengok balik gambar-gambar photographer link dari blog seorang kawan. Memang dulu selalu cakap-cakap pasal kamera DSLR sama-sama tapi sejak akhir-akhir ini tak banyak masa untuk aku selak-menyelak buku-buku kamera. Bila agaknya boleh dapat pegang kamera DSLR sendiri? Tengoklah macam mana nanti.

Hari raya dah nak dekat. Dalam kepala dah banyak perkara yang aku rancang nak buat masa raya nanti. Macam biasa pagi raya akan ke kubur nenek dan atuk. Dah jadi kebiasaan lepas sembahyang sunat Aidilfitri mesti abah ajak singgah ke kubur. Abah cakap "Nenek dengan atuk kau tungu doa kau kat sana". Terasa dekat bila berdoa depan kubur nenek dan atuk. Kali ni berazam nak pergi beraya rumah kawan yang dekat-dekat sini. Lama rasanya dah tak jenguk kawan-kawan lama. Masa sekolah menengah adalah jumpa sekali sekala. Suzairin, Hajar, Ayu, Fadhillah The Twins, Shah, Rozuwan, Umi dll.

Antara politik, kamera DSLR dan hari raya.

Ketidaktentuan di akhir Ramadhan.

No comments:

Post a Comment