..SEKIAN, TERIMA KASIH..

Balik ke rumah minggu lepas. Niat tu memang la nak jumpa semua orang. Tapi abah tiada di rumah kerana menunaikan umrah. Semoga abah selamat pergi dan selamat pulang.

Ramai pula yang tanya kenapa balik? Aduh, pening gak nak jawab soalan mudah tu. Aku ada jawapan aku tapi bila jawab tak nak percaya pula. Suka hati kau oranglah. Malas nak layan (skrip Cik Ila selalu guna bila bad mood...hehehe)

Aku selalu ada masalah untuk menyampaikan apa yang sering fikirkan. Dalam aku memberitahu sesuatu, aku sedar kadang-kala persembahan aku hanya akan menjadi baik apabila atau saat ketika dalam keadaan terdesak dan semasa aku mempunyai persediaan yang betul-betul mencukupi. Aku lebih prefer diri aku ketika dalam keadaan terdesak kerana aku tak pernah kecewa dengan hasil kerja aku pada waktu itu dan banyak mengajar aku untuk sentiasa bersedia dalam keadaan apa sekalipun. Pedulikan dengan apa yang orang umpatkan asalkan pihak di hadapan aku berpuas hati dengan hasil kerja aku.

Orang cakap lain, kau pula fikir lain. Situasi ini selalu aku hadapi. Hinggakan statement yang mudah terpaksa aku terangkan dengan terperinci. Bila aku cakap A kau pula tanya A+ ke A-? Aduh, poning den.
Tapi bagi aku itu semua lumrah. Aku selalu fikir keadaan yang terjadi mungkin disebabkan kelemahan diri aku sendiri. Biasalah manusia. Tiada yang sempurna. Terserah pada toleransi masing-masing untuk belajar memahami antara satu sama lain.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment