..GELI HATINYA TAK SIAPA PUN YANG GELETEK..

Aku suka akan maksud ayat ini:

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang perlu dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. Sesekali melangkah gagah, tersenyum megah dan itu semua memerlukan pengorbanan menuntut kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup di atas landasn yang betul, usah digusar pada Anugerah Tuhan. Anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk manjadi sesempurna insan.


Ada erti pada ungkapan sekadar suka? Biar tak melihat asalkan kita memandang. Cubalah untuk jadi orang Melayu yang perkasa. Sejarah dahulu dah buktikan cuma kita sahaja yang semakin terhakis dari sifat mulia yang ada dalam didikan agama Islam.

Pernah rasa seperti makan berlari tak ketika duduk? Sambil makan sambil menunggang motosikal.

Geli hatinya tak siapa pun yang geletek.

1 comment: