..SUDAH SAMPAI KE SEMPADAN KOTAK TAPI MASIH INGIN KE KOTAK YANG LAIN..

Nilai sebuah persahabatan bukan terletak pada kata-kata manis di bibir semata. Dirai, ditemani, didampingi dan tangis bersama. Ada erti kawan, ada erti rakan dan ada erti sahabat. Mana di kalangan mereka yang setia selagi nafas di rongga tidak disekat?

Tertawa, menangis, mengadu, dan tersipu. Setiap dari kita perlukan teman untuk satu perkongsian ilmu. Benar mampu untuk hidup berseorangan masih hidup di dunia? Jika ya, kita akan tercampak di bawah dasar lembah penyesalan satu hari yang dijanjikan. Memang kita akan dikebumikan di dalam kubur masing-masing tapi siapa pula yang akan menguruskan dan mendoakan kita untuk hari setelahnya?

Manusia hebat bukanlah pada bilangan rakannya, namun pada ingatannya kepada saudaranya dalam bacaan doanya. Usah mendabik dada bangga dengan kejayaan dunia kerana itu nikmat bersifat sementara. Wajib syukur bukannya kufur. Andai kaya, ada yang lebih kaya. Andai bijak, ada yang lebih bijak. Namun, andai fakir, ada yang lebih fakir. Andai malang, ada yang lebih malang. Ingat, hidup ini bukan untuk ditangisi tapi untuk dihargai. Syukur dilimpah nikmat, sabar ditimpa maslahat.

Ibarat permata tidak digilap, kilauannya pasti hilang menjadi pudar gelap. Hari ini kita membina kenangan bekalan di hari tua. Tak pernah ke terlintas akan ditinggalkan tak siapa datang melihat untuk bertegur sapa? Ketika inilah kenangan menjadi teman setia penghibur hati yang lara. Baik dalam membina erti persahabatan, baiklah kenangan yang hadir dalam ingatan. Usah biarkan air mata terkilan mengalir tanda sesalan.

Berpijak pada bumi nyata. Di situ akan pasti ada langit untuk dijunjung di atas kita. Hargai setiap masa walau tak setiap detik namun ukirkan saat bersama orang yang menyayangi kita. Bezanya pada menyayangi orang yang kita suka atau menyayangi orang yang suka kita? Pilih kedua-duanya dan belajar untuk silap selepasnya tapi jagalah hatinya agar ada yang tidak terluka. Masih ada cinta untuk diraih. Jika bukan pada makhluk yang mati, ciptalah pada Pencipta yang hakiki.
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
-yuna
Kita membenci semasa ada namun pasti akau merindu pada ia yang jauh. Masa inilah untuk belajar menghargai.

Sudah sampai ke sempadan kotak tapi masih ingin ke kotak yang lain.

2 comments:

  1. Kita membenci semasa ada namun pasti akan merindu pada ia yang jauh.

    ReplyDelete