..AIR MATA INI BEKU UNTUK MENGALIR..

Menangis ketika semua orang dilihat gembira. Rasa ini tak siapa mungkin untuk satu penterjemahan. Sedih mungkin pada sebuah kesalan yang datang bertandang menyuit gembira ketika sinar haru masih lagi memayungi tanah keperitan. Ada lagikah hari harapan bagi tarikh untuk sebuah kegembiraan?


Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-70. Adik antara graduan yang diraikan pada majlis kali ini. Walaupun tidak bersama-sama semasa majlis, ada rasa bertuah ketika melihat dia sudah punya segulung diploma untuk kelayakan menyambung pengajiannya selepas ini. Boleh juga dia aku capkan 'langkah bendul' ketika aku masih lagi bergelumang menghabiskan sisa-sisa pengajian di tanah paling selatan Malaysia ini. Tahniah, adik!

Jangan disangka majlis yang gemilang ini tiada kekurangan pada kehadiran graduannya. Ketika ramai orang aku lihat gembira bersama-sama keluarga tersayang, aku terasa dekat dengan orang yang tidak dapat hadir untuk mengambil segulung sijil usahanya selama ini, yang hadir seorang diri tanpa ditemani sesiapa, yang baru sahaja kehilangan orang tersayang beberapa hari sebelumnya, yang mewakilkan untuk allahyarham yang telah pulang ke pangkuan Ilahi untuk selama-lamanya. Setikar sedihkah untuk mereka?

Ada cerita untuk kisah ini. Adik mempunyai seorang rakan yang berasal dari Kelantan Darul Naim. Latarbelakang keluarga M bukanlah dari kalangan berada kerana ibubapanya hanyalah berniaga kecil-kecilan untuk menampung sara keluarga serta adik beradiknya. Pernah M memberitahu adik ayahnya tidak mampu untuk membayar yuran konvokesyen dan ikut pergi ke Kuala Lumpur beberapa hari sebelum tarikh terakhir yuran konvokesyen ditutup. Namun berkat usahanya, M hadir untuk majlis tersebut berseorangan kerana mahu merasa sendiri menerima segulung diplomanya dalam majlis yang berprestij itu. Tanpa membelakangkan ayah dan ibunya, pemergiannya direstui.

Jumaat, 29 Mei 2009. Mereka diraikan di UiTM Shah Alam. Seusai sudah majlis, M menelefon ayahnya di kampung. Ada segaris air mata mengalir membasahi pipi. Melihat orang lain bersama-sama keluarga tersayang, dia hanya berseorangan. Untuk menghiburkan dirinya sendiri, M berseorangan bertandang ke kedai cenderahati dan membeli bunganya sendiri. Jangan disangka setiap bunga dalam pelukan adalah pemberian orang lain. Mungkin itu tanda terima kasih bagi dirinya sendiri. Siapa yang mampu untuk melakukan ini? Usahlah ditanya "Banyak dapat bunga pada hari konvokesyen?" Dia mungkin mampu untuk tersenyum tapi untuk melipat semula sejarah keruh dirinya, tiada siapa yang mampu untuk menutupnya semula.


Pada aku, tak semua mahu untuk memahami orang lain. Ada yang lebih selesa berada dalam daerah ciptaannya sendiri dan terkadang merempuh keras sempadan pilu dan sayu orang lain dengan kata-kata yang tidak pernah disengajakan. Ciptalah ruang kemaafan untuk mereka dengan sulaman keampunan nescaya itu lebih mampu untuk membuat kita menjadi lebih tabah dan cekal pada hari yang mendatang. Air yang lembut mampu untuk membentuk lekok di batu. Bagitulah kita dalam hubungan sesama manusia ini. Kita tidak akan mampu untuk membentuk orang lain andai kita tidak membentuk diri kita sendiri. Cukuplah untuk bersedih. Hari esok masih ada. Kita tak pernah keseorangan. Percayalah di hujung sana nanti pasti akan ada kesejahteraan untuk yang berserah dalam ehsan.

Air mata ini beku untuk mengalir.

5 comments:

  1. to mimi and jaemah:
    jgn sedey2 ekk...la tahzan...innallahu ma'anaa...hehe..

    to ainaa:
    okeh...aku dh add dlm blogroll aku...oh, x perlu nk segan2...setiap org ader hak masing tuk menulis...hehehe...gudluck! :P

    ReplyDelete
  2. eh ak da ad sndiri da buku tu~ayah ak kasik...xya pnjam kt ko da~

    ReplyDelete