..HARI INI, JALAN INI..

Banyak yang sudah berubah. Aku seperti sudah jauh tertinggal dengan perkembangan semasa yang berlaku di Kuala Lumpur. Dari lambakan warga asing di kotanya sehinggalah kepesatan pertumbuhan struktur binaan besi-batunya, aku sedikit terbejat melihat Kuala Lumpur hari ini. Namun, aku begitu seronok untuk pulang ke rumah. Yay!

Melangkah keluar sahaja dari bas ekspres gagap, KKKL, aku dapat menghirup udara kotor yang dah lama aku tak hirup ni. Hahaha. Rasa nak sesak nafas pun ada tapi inilah dia Kuala Lumpur. Lembah dosa metropolis. Biar apa pun gelarannya, itu hanyalah pandangan manusia. Tak sedikit pun mengubah pandangan aku tentang jasanya terhadap orang-orang yang mencari rezeki halal di sini. Masih ada lagi manusia baik di perut Kuala Lumpur ini. Itu hakikat.

Pulang menaiki bas pasti menjanjikan memori indah suasana hidup di perantauan. Tetapi kali ini tidak bagi aku sebab sepanjang perjalanan, aku hanya TIDUR! Hahaha. Kepenatan mengemas bilik dari jam 12 mlm hingga 6 pagi. Pulang kali ini aku tidak keseorangan. Ditemani lagi dua orang rakan sekelas. Masih tidak ada kenangan dapat dicipta sebab aku tidur kan? Maaflah Afiq, Sida, aku betul-betul penat.

Sampai sahaja di Puduraya lebih kurang jam 3 petang, kami berpisah. Afiq teerpaksa berpatah balik ke Jalan Hang Tuah untuk mengambil tiket KL Monorail ke mana tak tahu pula aku. Aku berjalan dengan Sida ke Stesen Masjid Jamek dan kami berpisah di sana. Perjalanan seterusnya aku berjalan-jalan sekitar Masjid India untuk melihat ragam orang-orang di sana. Sudah lama aku tak 'melihat' manusia tetapi tadi aku mengulanginya lagi.

Aku lebih suka untuk berjalan berseorang untuk melihat manusia dan tingkah lakunya. Kalau dulu semasa di sekolah menengah, antara destinasi-destinasi research aku adalah KLCC Suria, Midvalley Megamall, Pasar Seni dan Bukit Bintang tetapi kali ini disebabkan keperluan berhijrah Johor Bahru-Kuala Lumpur, aku didedahkan pula dengan lokasi yang berbeza. Puduraya, Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Pertama Komplek yang bersebelahan dengan Sogo.

Seronok untuk mengkaji perangai manusia. Kedengaran pelik kan? Tapi itulah serba sedikit aku. Anda sedang diperhatikan! Hahaha. Di Masjid India, macam biasalah manusia berurus niaga. Bagi yang berminat untuk membeli pakaian-pakaian tradisional, tudung untuk kekasih hati, aksesori-aksesori lelaki dan wanita, bolehlah berkunjng ke sana. Banyak sebenarnya yang boleh didapati di sana tetapi aku malas untuk tambah. Jalan-jalan cuci mata pun boleh. Hehehe. Jadi untuk tahu lebih lanjut, berkunjunglah pasar di Jalan Masjid India.

Hauslah pula. Singgah di medan selera untuk membeli air kelapa. RM 1.50! Terkejut aku. Mungkin inilah kesan kegawatan ekonomi. Kepala otak dia! Setakat bancuh pakai air paip, modal gula yang tak seberapa, ko naikkan harga air ikut suka hati. Nasib ader duit syiling 50 sen dalam poket ni. Bayar je la. Hahaha.

Perjalanan seterusnya menuju Pustaka Mukmin untuk melihat buku-buku keluaran terbaru. Banyak buku sebenarnya yang nak dibeli kalau diikutkan hati, tetapi duit dalam poket tak mengizinkan. Yang tinggal tiga keping not merah, sekeping not hijau dan enam keping not biru. "Dapat beli satu buku pun jadilah", bisik hati. Lama juga aku belek-belek buku kat situ. Tak tahu nak beli yang mana satu. Antara naskah Mikhail, Aku Terima Nikahnya 2 (tak ingat judul buku tu tadi), Ketupat Cinta dan beberapa lagi aku dah lupa judulnya. Tiba-tiba terlihat Karbala tulisan Faisal Tehrani. Setakat ini belum lagi baca buku tulisan beliau. Aku putuskan untuk yang ini. Hehehe.




Lepak-lepak depan Sogo duduk di tangganya sambil membaca buku baru beli tadi. Tak sampai setengah jam membaca, aku cakap dalam hati "Tak boleh baca kat sini. Kang meleleh air mata orang tengok malu beb". Hahaha. Memang sedih cerita di dalamnya. Pernah juga terbaca cerita tentang Karbala sebelum ini tetapi yang ini ditulis penuh dengan perasaan kasih sayang terhadap Nabi Muahmmad SAW dan keturunannya. Berhenti baca. Tunggulah sampai jam 4.45 petang, berjalan ke Maju Junction. Kelihatan abah dah tunggu kat situ. Perasaan sangat seronok dan cair juga kerinduan selama ini. Hehehe. Tunggu mak dan adik aku pula keluar kerja. Semua dah ada, kami pun pulang. Pengakhiran bahagiaku (My Happy Ending). Hahaha.

Hari ini, jalan ini.

3 comments:

  1. liah muka 28, "Tukang Cerita 2" berkata;

    "Umat macam apa kita ini? Tahukah kalian apakah yang dilakukan terhadap Imam Husein. Dia cucu Nabi yang mulia. Nabi selalu bermain-main dan bergurau senda dengan cucu-cucunya. Nabi kita Nabi Muhammad SAW, dia Nabi kita, lupakah kalian? Mengapa kalian tak mempertahankan cucunya? Mengapa kalian sampai tak tahu pun ini yang berlaku dan menimpanya? Tidak malukah kalian berselawat ke atasnya? Oh Tuhan, umat macam apa kami ini?"

    Baca seterusnya.......

    ReplyDelete
  2. to ex starians: alhamdulillah sudah habis membaca buku tuh. ade lagi perbincangan serius tentang peristiwa di karbala sebenarnya dan kaitannya dengan salasilah kesultanan Melayu dengan Saidina Husein r.a. perbincangan itu terdapat dalam buku Berpetualang ke Acheh.

    to Jaemah: selamat berkenalan. tetapi tidok boleh utk mengakses blog kamu. harap maklum.

    tanx :P

    ReplyDelete