..NOKTAH..

Aku ditanya oleh seorang rakan semasa duduk minum malam beramai-ramai, "Jika seorang perempuan itu di zaman remajanya seorang yang derhaka terhadap kedua-dua orang tuanya tetapi setelah berkahwin dia berubah menjadi seorang yang taat kepada suaminya, adakah dosa-dosanya selama itu terhapus?"

Terkejut aku ditanya soalan seperti itu. Hendak diberikan jawapan ketika itu, sepertinya aku perlu berfikir panjang terlebih dahulu. Aku bukanlah ustaz yang boleh come up with any answer untuk setiap soalan. Akhirnya aku menjawab, "Itu bergantung kepada keadaan sebenarnya. Sejauh mana dia berubah ke arah kebaikan. Apa yang kita nak cakap kat sini, Allah itu Maha Pengampun dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar. Jika dia benar-benar bertaubat setelah berkahwin, dia pastinya akan meminta maaf kepada kedua-dua ibu bapanya dan menyesali perbuatannya yang lepas. Yang itu insyaallah Allah ampunkan"

Ada banyak keadaan yang boleh diambil kira di sini sebenarnya. Aku tak berani untuk menjamin seseorang itu akan diampunkan atau tidak kerana dosa pahala itu urusan Allah dan kita diberi pengetahuan berkenaannya sangat sedikit. Tetapi yakinlah Allah itu Maha pengampun. Jika secara ilmiah boleh aku katakan di sini dosa tidak terampun tanpa taubat. Berbalik pada pengertian taubat, berbalik kepada apa jenis kesalahan yang dilakukan sehingga merasakan dirinya berdosa. Ingat, menderhaka terhadap ibubapa tergolong dalam kesalahan dosa-dosa besar.

Aku tidak suka bila seseorang itu begitu mudah menjatuhkan hukum-pahala-dosa ke atas orang lain. Bagaikan dialah malaikat yang menjaga urusan dosa-pahala manusia di atas muka bumi ini. Lebih-lebih lagi jika pertuduhan itu dibuat atas sesuatu yang khilaf. Tidak jelas kedudukannya. Sebab aku mengambil pengajaran dari kisah hidup Nabi Musa a.s ,dalam himpunan kisah-kisah wali Allah SWT. Bagaimana Allah SWT memerintahkan baginda untuk menguruskan sekujur tubuh mayat pemuda yang dihina oleh penduduk setempat kerana dikenali dengan perangai buruknya yang suka berjudi dan meminum arak serta melakukan kemungkaran atas nama pemuda itu adalah wali-Nya. Subahanallah. Ini atas dasar hikmah dengan kebaikan yang dilakukan oleh pemuda tersebut. Janganlah atas alasan entry ini, kalian pula yang melakukan kemungkaran dan meminum arak selepas ini. Ada kisah di sebalik pemuda itu.

Aku terbaca artikel di sebuah akhbar tempatan seorang pembaca menanyakan soalan pada seorang ustaz di sudut berkaitan kemusykilan agama. Soalannya jika dipandang berat boleh menimbulkan sedikit kontroversi tetapi ustaz itu menjawab dengan jawapan yang boleh diterima oleh semua lapisan pendukung agama Islam dan dalam keadaan yang sangat matang. Soalannya berkaitan dengan adat bersanding dalam pandangan Islam. Ustaz itu mengulas tiada hukum yang tetap untuk diambil sebagai satu titik rujukan sahaja. Begini jawapannya: (dipetik daripada Metro Ahad, 3 Mei 2009, D18)

Paling penting dalam perkahwinan ialah mencari keberkatan dan mengelak perkara yang bertentangan dengan agama. Ini kerana perkahwinan ialah ibadat dan satu daripada sunnah Rasullulaah SAW. Adat sesuatu kaum dan masyarakat memang diiktiraf oleh agama asalkan tidak bercanggah dengan tuntutan agama. Sebahagian daripada amalan masyarakat kita yang disebut tadi berasal daripada budaya luar, sebahagiannya pula manganggap ia menjadi budaya Melayu. Apapun, sebaik-baiknya lakukan yang wajib dan sunnah saja seperti dituntut dalam agama. Jika ada rasa syubhah dan kurang jelas, elakkan saja mana-mana adat. Nabi Muhammad SAW mengajar kita dalam sabda baginda yang bermaksud "yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, bagaimanapun antara kedua-dua tadi ada perkara yang tidak jelas dan meragukan. Barangsiapa mengelakkan dirinya daripada perkara yang ragu ini, dia memelihara dirinya"


Ramai orang telah aku jumpa yang memberikan pandangan masing-masing berkenaan adat bersanding ini. Lain orang, lain ragam. Daripada hasil perbincangan mereka ini, aku juga punya pendirian sendiri. Tiada masalah untuk bersanding semasa perkahwinan. Tak meniru pun mana-mana adat luar. Ini adat kita. Akhlak Melayu itu sendiri kuat memegang pada adat. Adat yang berpandukan syarak, syarak bersandarkan Kitabullah, Al-Quran. Namun begitu, jika tidak jelas urusan adat, berpeganglah kepada syarak dan jika tidak dapat berpegang pada syarak, berbaliklah pada Al-Quran. Adat bukannya hukum dan boleh ditinggalkan atas sebab yang menyebabkan.

Noktah.


8 comments:

  1. sebab majoriti kita suka lihat benda dari surfacenya saja :)

    kenapa tak boleh sanding? ikut Hindu. soalannya, agama ke budaya? kalau budaya dan adat, boleh evolve2. adat melayu, adat india boleh je jadi sama. adat tak salah selagi selari dengan syarak.

    tapi..sebab tengok surface,
    jadi tidak boleh.

    kalaulah kita, kita tak tahu nak bersanding ke tak (note *tak tahu*) tapi bukan sebab isu bersanding=haram atau bersanding=tak haram. Cuma bila menepung tawar, orang lain salam2 kan menyentuh antara bukan mahram. skinship tu yang haram. tak sebut bersanding tu haram.

    kalau dapat elak tu lain cerita. tapi kalau tiba2 ada org degil nak naik pelamin nak salam juga, nak peluk pengantin juga. haha.

    sanding tu takde apa2 (melainkan ada org tiba2 bagi bukti yg ianya salah, n kita boleh terima bukti tu tapi itu lain cerita) tapi yang sikit2 dalam tu yg maybe akan jadi x in line dengan agama. tp bukan 'sanding' tu sendiri kan?

    sama macam isu yoga,
    kita kurang setuju bila dihukum haram absolutely ( kt tak amal yoga pun tapi..) , buang mantra lepas tu bukan tinggal satu exercise? haram mantra itu kerana memuja. kalau tinggal exercise je?(saya kurang arif. mungkin ada yang akan berhujah tentang hadith jangan menyerupai yang lain tu. cuma personally saya rasa ia sangat luas dari interpretation, sedangkan apa yang kita buat akan ada yang sama dengan lain, naik kereta jadi sama walau orang bukan Islam naik kereta dulu, so personally hadith itu kt tend kepada memahami dari segi ibadah dan yang memang terang2n. personally itu yg kt faham. mungkin silap. wallahualam.)

    Inai, zaman rasulullah pun wanita pakai inai. bila inai yang bercorak2 itu diharamkan.. beralasan tak boleh meniru seperti tatoo dan gambar2 bukan2, ada yang menafsir di sekeliling bila pakai inai je haram - ada kawan nak pakai yang swirl2 macam orang india selalu pakai, ayah dia marah 'nanti malu la kalau kawan ayah nampak kata haji tak larang anak pakai inai macam tu. haram'. hmmm.. tattoo haram sebab kekal kan? gambar bukan2 haram sbb ia bukan2 kan? (cth: gmbar kotor etc). tapi kalu gmbar x bukan2 n tak kekal?

    tak tahulah.
    kita masih belajar,
    banyak juga benda tertanya-tanya.

    kalau berkenaan benda ni,
    apa yang kita boleh komen,
    jangan pandang benda dari surfacenya saja.

    contoh yang ayat quran Allah laknat orang yang bertepuk2 tangan keliling kaabah memuja tuhan lain. Laknat pemujaan ke laknat tepuk tangan? kecik2 orang suka cakap tepuk tangan berdosa.

    tapi sekarang kita tepuk tangan. bukan memberontak, cuma apa yang kita faham laknat tu pada pemujaan selain Allah, bukan pada tepuk tangan. Mungkin silap. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. itu dia..entri hakim yang penuh berisi dengan hikmah. *grin*

    Melayu bersendikan adat,
    Adat berpandukan syarak,
    Syarak berbekalkan Kitabullah.

    Satu kisah yang ustaz wan cerita:
    Nabi Sulaiman berkahwin dengan Balqis dan bersanding di atas singgahsana dengan disaksikan manusia, jin, dan binatang sambil ditabur emas perak dan permata.

    itu yang kita sekarang tabur beras kuning dan putih sudah, meraikan. Hikmahnya apalah sangat berbanding intan delima zamrud kan..hihi

    ReplyDelete
  3. Err..

    nak tulis komentar juga boleh? ;)

    great entry from AKIMBABA YANG BAIK i've ever read.

    good job.good job.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam,
    kalau salah boleh betulkan :)
    harap tak kisah kalau nak bertanya.
    cuma tertanya-tanya tentang kisah perkahwinan Nabi SUlaiman dan Puteri Balqis, betul ataupun cuma Israiliyat (cerita penglipur raya/ kisah rakyat/ direka /ditambah utk menyedapkan cerita).

    Sebab dalam Al-Quran, kisah nabi sulaiman dan puteri Balqis cuma berhenti sampai puteri balqis tunduk pada kuasa Allah dan tiada cerita pasal perkahwinan. Mungkin ada Hadith etc pasal perkahwinan tu tapi saya tak pernah dengar, ilmu terbatas tapi kalau memang ada boleh dikongsi sekali? :D

    * p/s: Macam perkahwinan nabi yusuf dan zulaikha pun kisah Israiliyat kan?, sebab dalam Al-Quran dan Hadith tiada dicerita perkahwinan mereka.

    ReplyDelete
  6. to zaza:

    maaf sebab lambat membalas komen awk. saya pun sebenarnya tidak tahu bagaimana cerita-cerita yang disebut di atas diperoleh tetapi hanya mendengar seorang ustaz menceritakannya dan ada pengajaran yang boleh diambil di dalamnya.

    seperti juga kisah-kisah wali Allah sebelum dan selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, banyak yang tidak tertulis di dalam Al-Quran dan hadis-hadis baginda yang tinggal hari ini. kisahnya mungkin disampaikan dari mulut ke mulut. tetapi perlu dinilai semula agar akidah tidak terjejas kerana ancaman-ancaman luar yang ingin melihat akidah umat Islam hari ini musnah.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  7. thanks.
    bertanya sebab risau jugak. sebab bukan sahaja banyak israiliyat tersebar di kalangan orang Malaysia, termasuk hadith2 palsu dan juga dhaif dan kadangkala yang menyampaikan di TV juga adalah golongan berilmu seperti ustaz2 walaupun beberapa golongan berilmu lain juga ada menegur agar ustaz2 memastikan dahulu sesuatu cerita disebabkan weight kepercayaan yang tinggi yang akan diletakkan oleh orang awam apabila disampaikan oleh ustaz.

    sebab tu baru2 ni kadang2 ada perasaan agak berhati2 bila dengar sesuatu.

    dan banyak juga hadith palsu dan dhaif ni yang dalamnya ada pengajaran yang boleh diambil, tetapi ada hadith sahih rasulullah yang mengatakan , 'jangan berbohong atas namaku'. ingat x dulu satu ketika dekat TV ada hadith fadhilat terawikh (sekarang dah tak disiarkan sebab mufti dan juga ulama kita bila cek balik sources 'hadith' itu katanya tiada langsung 'line' orang yang menyampaikan, kecuali katanya Saidina Ali yang first sampaikan didengar dari raulullah, tapi tiada 'line' selepas itu yang digunakan utk memastikan kesahihan sesuatu hadith, ia bukan lagi hadis lemah yang juga ada line orang yang sampaikan cuma orang2 itu orang yg x dipercayai n amanah tetapi jatuh kategori hadith palsu oleh ulama' hadith). memang kalau kita tengok dari fadhilat tarawikh tu, kebaikannya adalah menggalakkan orang menunaikan solat sunat tarawikh yang memangnya solat tu ada dalam hadith sahih.

    tetapi matlamat x menghalalkan cara. contohnya berbohong yang melakukan ini baik sebab rasulullah kata macam ni macam itu, walaupun sebenarnya Rasulullah x berkata macam itu pun. mungkin benar perkara itu baik, tetapi berbohong atas nama Rasululullah?.

    yang pasal wali Allah selepas Rasulullah sememangnya ia turun dari cerita2 dan ada sesetengahnya dibukukan oleh sesetengah mereka yang berilmu. dari situ rujukannya orang yang menulis buku itu dan pertemuan dia dengan wali Allah itu contohnya. jadi source nye adalah penulis buku itu dan kita tengok juga sama ada penulis itu adalah seorang yang jujur etc. dan memang x mustahil sesetengah yang disampai dari mulut ke mulut itu benar :) dan ada juga tak, itu yang takut.

    cerita Nabi Sulaiman berkahwin dengan puteri balqis pun mungkin benar atau tidak, cuma Nabi Sulaiman adalah sebelum Rasulullah dan kadang2 Rasulullah ada menceritakan tentang Nabi terdahulu selain yang ada di dalam Al-Quran, cuma kita belum berjumpa lagi hadith yang menyatakan tentang perkahwinan tersebut. dalam Al-quran memang x ada. Kalau sememangnya ada Hadith , ilmu kita ni memang masih sikit pun.

    and x mustahil pun apa yang x diceritakan dalam hadith pun ada yang benar. :)

    ReplyDelete
  8. (cont.)

    cuma,

    "tetapi perlu dinilai semula agar akidah tidak terjejas kerana ancaman-ancaman luar yang ingin melihat akidah umat Islam hari ini musnah."

    betul. risau jugakan. sebab tu kt kena lebih berhati2 bila dengar sesuatu, takut silap. at least berpegang pada yang dah jelas, dan pada yang x jelas itu, x bermakna menolak seratus peratus mungkin benar mungkin tidak tetapi sebaiknya jika diketahui seperti itu kita cuba refrain dari menyampaikan kepada orang lain untuk mengelakkan. kita-kita ni mungkin kadang2 naif dan mudah menyampaikan sesuatu kepada orang lain apabila didengar dari mereka yang mempunyai gelaran, x boleh nak menyalahkan juga :), tetapi kalau kita sedar, kita kena lebih berhati-hatilah. mereka yang mempunyai gelaran yang menyebabkan apa yang disampaikan mempunyai 'berat' mempunyai tanggungjawab lebih untuk memastikan cerita yang mereka sampaikan, terutamanya ustaz2 :) sesungguhnya kadang2 kesilapan mereka adalah tanpa prejusdis atau dengan kepercayaan yang ianya benar, dan kita x boleh juga menyalahkan mereka, tetapi dalam masa yang sama mereka perlu juga kesedaran bahawa mereka ada tanggungjawab untuk memastikan sesuatu cerita. Risau atas sesetengah usatz yang hanya terus menyampaikan tanpa perasaan tanggungjawab itu. sebab kita yang belajar pun tak tinggi ni akan confuse dan biasanya akan mempercayai. tapi kalau mereka dah cuba jalankan amanah dan tanggunjawab itu tetapi tersalah juga, dengan izin Allah mereka dimaafkan :D

    Wallahu'alam.

    harap2 kita semua jauh dari tu.
    dan lebih berhati-hati.
    kadang2 terbuat kesilapan jugak kan :)

    nice discussion. thanks Hakim.

    (patut pun x lepas komen sebelum ni :P. sebab panjang sangat hehe)

    ReplyDelete