Aku tak suka untuk menulis ketika ini. Bengang, benci, marah sedang meramas lunyat hati kecil ini. Kalau diikutkan hati besar memang boleh berbunuh tapi inilah dia sifat si kecil. Walaupun kecil dia selalu memujuk supaya bersabar, menasihati aku untuk tidak terlalu sangat mengikut bisik si besar. Walau diri si kecil sendiri disakiti. Engkau sungguh tabah si kecilku.
Aku tak menolak falsafah bahawa setiap perilaku manusia ke atas kita adalah cermin dari sikap diri kita sendiri. Baik dan buruk, sayang dan benci, suka dan dendam, kasih dan menyampah. Semua itu berlaku kerana bersebab dan bukan dengan sendirinya. Mungkin bukan untuk keseluruhan keadaan tetapi yakinlah setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai sebab yang menyebabkan kerana Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia.
Aku suka dengan ayat Al-Quran yang ini, surah Al-Baqarah (2:216):
...dan boleh jadi kamu benci sesuatu perkara itu padahal ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu suka sesuatu perkara itu padahal ianya buruk bagi kamu dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
Mungkin ketika ini kita berfikir seperti apa yang kita rasakan tetapi aku lebih suka untuk membiarkan masa yang berunding dengan kesulitan yang berlaku dalam hidup aku. Dengan berdoa ada hikmah yang Allah jadikan untuk kita ambil pengajaran. Di sini sabar memainkan peranan sangat penting. Jika sekalipun hikmah itu tidak diturunkan kerana kesulitan itu, sekurang-kurangnya ianya kerana kita sanggup untuk bersabar dan tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Yakinlah di hujung sesuatu perkara itu pasti ada kebaikan untuk kita yang bersabar tika diuji dan bersyukur tika dilimpahkan rahmat-Nya. Maha Suci Allah dari segala kekurangan, sesungguhnya Dia Maha Besar lagi Maha Mengetahui.
Hablumminallah, hablumminannas. Bertanyalah kepada ulama tasawwuf tentang dua hubungan ini, pasti mereka lebih tahu untuk satu huraian yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk selesai.
Maafkanlah aku andai aku serba kurang dan tidak disenangi kalian. Semoga Allah mengampuni aku dan diri kalian.
Hablumminallah, hablumminannas. Bertanyalah kepada ulama tasawwuf tentang dua hubungan ini, pasti mereka lebih tahu untuk satu huraian yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk selesai.
Maafkanlah aku andai aku serba kurang dan tidak disenangi kalian. Semoga Allah mengampuni aku dan diri kalian.
Kalau hujan itu keampunan, biarkan aku basah di dalamnya.
setiap kali kt kata kt tak suka law,
ReplyDeletenadiah mesti ingatkan ayat tu.
walaupun kt still tak enjoy law, tapi sebab ayat tu perasaan benci pada law tu hilang, (walaupun still jauh utk suka).
-----
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
[Al baqarah 2 :286]
and ada lagi satu ayat yang pasal kt diuji ada kena mengena juga dengan kesilapan etc tak ingat ayat apa.
and ada kalanya kt rasa kt buat baik kenapa diuji, maybe sbb kt lupa Allah ke, and tu cara utk kt ingat balik.
------------------------
entahla, kt pun baru2 ni berlawan dgn diri sendiri.
apapun, goodluck n all the best,
(untuk diri sendiri jugak)
:)
tanx tim :)
ReplyDeletebler dh dewasa camni lah yg kter kner hadap... kalau dlu cikgu tya nnt dh besa nk jd ape? kter pn ckp ape yg terlintas...
jwp yg bese polis, askar, doktor, pilot...
x pnah pun terlintas nk kner bersusah2 mcm arinih...
kalau la kter taw kan...
mesti kter xjanji ape2 kat mak ayah kter dlu...
hihihi...
byk plak yg nk kner kter fikirkan...
dr sekecil2 hal smpailah sebesar2 masalah...
slalu gak berangan nak blk zaman bdk2 dlu2...
yg kter taw main, tgh ari blk umh mkn, ptg2 kuar main lg, mlm tido...
sok pg jmper lg ngn kawan samer...
lg sunuk bler tber suatu musim...
bln poser ckp kat mak nk g terawih tp melencong main mercun,bler moreh beratur amek maknn...
raya lak blk kg, bunga api, sepupu sepapat, duit raye...
skang dh x dpt dah...
silap2 org kampung tya dah kawen ker nih?...
hahaha...
tp nilah kenyataan...
takder sape pun leh menghalang kitaran hidup takdir kter...
pnuh dgn tanggungjawab, amanah dan ujian untuk persediaan akhirat kelak...
sampaikn bler tiba rs putus asa, terpacul gak pertyaan kenapa kiter sumer idop dlm dunia nih?
ape sebenrnyer tujuan kter utk idop?
lemahkan kter nih...
kdg2 tuh krn dunia kter menangis...
ntahla tim, dunia nih sgt kejam...
hakikatnya, x bernilai pun dunia nih utk kter tangisi...
benarla sabda Nabi Muhammad saw: seandainya nilai dunia ini di sisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minuman kpd org kafir walau seteguk air pun.
pjgnyer bebelan nih...
hahaha...
nway, gudluck n all da best too :)
thanks. :)
ReplyDeletekalau kita la bila kt fikir bukan2,
kita cuba ingatkan diri walaupun dunia ni sementara tak salah kalu kt 'enjoy' dunia of course la bukan nakkan dunia semata, cuma masa sementara tu kalu boleh nak guna sebaiknya dengan happy etc. personally bg kt dunia ni bernilai cuma tak setanding dengan jauhnya nilai akhirat, so kalu boleh kt nak hargai saat sementara kat dunia ni jugak :D
thanks :)
Judul ini memang hebat. Tahniah!
ReplyDeleteto tim: kirim salam kat yuna ekk...
ReplyDeletebr taw td dayah ckp yuna same kos ngn tim...
hihihi...
minat dgn lagunyer...
:)
to cikgu: terima kasih cikgu...
ilham tu datang lepas saya habis menulis entry nih...
betul cakap cikgu...
kebiasaannya judul adalah kerja terakhir selepas pembikinan sesuatu cerpen atau novel itu...
:P
kak yunalis senior,
ReplyDeletewalaupun satu course tapi jarang jumpa la Hakim.
dulu masa kat kedah selalula nampak sebab kampus kecik, sekarang uitm shah alam tidak lagii. sgt jarang. :D
kalau panas itu hukuman, biarkan aku garing dibawahnya..
ReplyDeletenice blog..
change link yer..^^,
to tim: owh ye ker...okie :)
ReplyDeleteto akubudakkampung: tanx...nnt sy add dlm blogroll sy...