Sering Allah menguji hamba-hambaNya dengan kasih dan sayang antara manusia yang melebihi rasa cinta seorang hamba kepada Penciptanya. Akibat perasaan rindu yang menjadi sir Allah tanpa diungkap akal, terkadang manusia leka dan lalai dalam mngerjakan perintahNya. "Ya Allah, hamba Mu ini lemah. Ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini akibat kelekaan dan kelalaian dalam menjadi anak yang soleh". Orang yang arif sentiasa merindu. Suatu perasaan indah hadir yang sering menemani ketika mengingati seseorang dan jasanya. Aku juga sering merindu pada seseorang. Cuma gilirannya silih berganti bersama masa yang pantas berlari. Abah dan emak adalah orang yang aku takkan khianat pada mereka. Hadir seorang hawa telah memanjangkan masa giliran rindu itu. Fitrah manusia yang tak mungkin hilang hingga akhir zaman berusia sejak penciptaan Adam dan Hawa. Andai itu takdir cinta aku yang Allah turunkan untukku, aku berdoa cinta itu adalah kerana aqidahnya kepada Allah Azza Wajalla. Andai hilang aqidah itu, maka cinta aku juga akan pergi. Diiringi jua mohon dikekalkan aqidah itu supaya dapat memimpin aku dekat kepada Penciptaku. Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Maha Memberi Subuh, Yang Maha Mahsyur, Yang Maha Besar lagi Maha Ghaib. Sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Penutup
03102007
No comments:
Post a Comment