"Perlunya Kecintaan Terhadap Rasulullah s.a.w."
Tajuk ini telah dibincangkan di dalam ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Ismail bin Mustari pada Sabtu malam yang lepas yang diadakan sempena kehadiran 12 Rabiulawal 1430H. Salam Maulidurrasul.
Dalam ceramah tersebut ada beberapa perkara yang disebut menarik perhatian aku. Yang pertama, definisi cinta yang telah dihujahkan sebagai mukadimah pada malam tersebut. Dikatakan manusia tidak akan dapat hidup tanpa cinta, hidup tidak bermakna tanpa cinta, ibarat dunia tanpa cahaya jika tiada cinta dan berbagai-bagai lagi perumpamaan yang telah diberikan untuk menggambarkan erti cinta sebenar itu sendiri. Apa yang menarik di sini, definisi tersebut ditujukan atas rasa cinta sebagai hambaNya terhadap Pencipta dan cintakan Rasulullah s.a.w dengan mengikuti sunnahnya. Cinta itu adalah milik Allah dan setiap orang pasti akan merasa kehadiran cinta cuma yang membezakannya adalah saluran yang digunakan untuk menzahirkan perasaan cinta itu sendiri.
Seringkali ungkapan-ungkapan berkenaan cinta disalahertikan oleh remaja muda hari ini. Apa yang berlaku kebanyakkannya adalah rasa cinta terhadap sesama manusia yang melebihi rasa cintanya kepada Tuhan. Pernah disentuh dalam lintasan SATU PERENGGAN. Dalam penyampaian malam itu, ustaz Ismail telah memberikan hujah betapa penting dan perlunya sebagai umat Islam untuk kita menyintai dan merindui nabi Muhammad s.a.w. dalam menjadi insan yang sesempurna akhlak dan budi pekerti. Bagaimana pula caranya adalah dengan mengikuti sunnahnya. Ditafsirkan sunnah Rasulullah s.a.w pula adalah segala perbuatan sama ada perbuatan ibadah mahupun perkerjaan yang dilakukan baginda seperti sentiasa memakai kopiah, menyimpan janggut, memulakan sesuatu dengan bahagian kanan, itu semua dikira sebagai sunnah, dihitung ibadah dan dijanjikan pahala walaupun ada sesetengah ulama mengatakan tidak mendapat pahala dalam pekerjaan yang dilakukan oleh baginda.
Yang kedua, adalah masyarakat hari ini dengan hiburan. Ustaz telah mengeluarkan statistik peratusan hiburan dalam setiap rancangan yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penyiaran di negara Malaysia. Astro mencatatkan kadar yang paling tinggi iaitu 95% siarannya adalah berbentuk hiburan. Masalah dekadensi moral yang berlaku dalam negara kita sebenarnya berkait rapat dengan hiburan. Dengan hiburan manusia menjadi lalai dalam mengerjakan tanggunjawab yang diberikan serta terlupa sebentar akan tugasnya sebagai hamba kepada Pencipta. Akibat daripada itu, semakin hari manusia semakin jauh dengan agama dan tidak mustahil suatu hari dia akan pergi meninggalkan agamanya. Lihatlah sekeliling kita berkenaan sumbangan hiburan terhadap permaslahatan masyarakat kita hari ini. Kes-kes yang berlaku seolah-olah mengenepikan hak kita sebagai rakyat Malaysia yang sejahtera seperti bunuh, rogol, ragut, buli di sekolah-sekolah, ajaran sesat, black metal, murtad dan sebagainya memberitahu kita bahawa daripada hiburan, hidup kita menjadi tidak selamat sebenarnya.
Yang ketiga, budaya couple. Ustaz menekankan bahawa budaya couple adalah bukan budaya masyarakat Melayu mahupun Islam dan secara tegas beliau mengatakan hukumnya adalah haram. Relevannya beliau mengatakan sedemikian kerana berpandukan pengalaman beliau dalam mengatasi masalah-masalah di kalangan pelajar UTM. Telah berbagai-bagai bentuk dan bermacam-macam kerenah yang dihadapi oleh beliau untuk membantu pelajar yang bermasalah akibat daripada budaya barat ini. Untuk berkasih-kasihan, Islam ada caranya tetapi bukan dengan yang bukan mahram. Untuk mengahalalkan perhubungan itu Islam ada caranya iaitu dengan nikah. Cintailah Allah dan Allah akan menyintai kamu. Hubungan dengan Allah mestilah baik (hablumminallah) supaya Allah akan menjaga hubungan kita sesama manusia (hablumminannas). Inilah cinta yang dituntut.
Apa lagi tentang cinta?
Artikel "Bagaimana Bercinta Cara Islam"

No comments:
Post a Comment