..UTM..

"dalam sifat tauhid, ada 24 perkara. Yang mana Allah menjadikan 12 jam siang dan 12 jam malam untuk kita beribadah kepada-Nya. Makan itu ibadah, mandi itu ibadah, memakai pakaian cantik itu ibadah, bekerja itu ibadah, tidur itu ibadah. Dengan mengambil kira semua pekerjaan yang mempunyai nilai-nilai murni dan niat yang baik kerana Tuhan adalah ibadah. Kerana Tuhan Untuk Manusia. Sebagai pelajar UTM itu yang akan kamu bawa sehingga ke liang lahad" - cikgu.

Aku mula berfikir alangkah ruginya jika kita menjumudkan hati dengan mengatakan ibadah itu hanyalah sembahyang. Mesej yang disampaikan sangat menarik. Dalam keadaan kita hari ini yang selalu tersepit dengan suasana 'menghalalkan' perkara yang fitrahnya terhukum batal, ucapan cikgu hari ini banyak menyedarkan aku betapa kita hari ini semakin jauh dengan jalan Allah. Banyak perkara yang sering kita ragui tanpa kita sendiri mencari jawapan untuk setiap persoalan yang timbul.

Kalau jalan itu terang, kenapa menunggu malam?

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. "Banyak perkara yang sering kita ragui tanpa kita sendiri mencari jawapan untuk setiap persoalan yang timbul."

    ...dan kadang-kadang kita malas mencari dan bergantung membuta tuli pada satu jawapan kepada persoalan atas nama tokoh bukan dukungan dalil dari Al-Quran dan Sunnah. Bukankah tokoh itu guru, bukan satu 'hukum'.

    :D

    *btw kt add awk dalam blogroll :D*

    ReplyDelete
  3. tanx tim. kt appreciate kata2 awk. harap akan ada ruang untuk dibincangkan dengam lebih mendalam. harap banyak tunjuk ajar ;)

    ReplyDelete
  4. terima kasih juga Hakim. :)

    harap banyak tunjuk ajar juga.
    tegur-tegurlah kalau tersalah, dan harap masing-masing boleh berbincang secara matang :D

    mungkin akan ada sesetengah pendapat yang berbeza, tapi kita berpegang pada ayat 'agree to disagree'. Bukan semua pendapat betul dan salah. and tak rugi mendengar pendapat orang lain walau berbeza :)

    terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam'alaikum Hakim,
    Alhamdulillah gembiranya kita membaca entry ni. Alhamdulillah, semakin ramai kawan-kawan yang sedar akan Islam yang sebenarnya, yang universal dan tidak pernah jumud apatah lagi menyusahkan hambaNya.

    Keep it up bro! Really, I hope our other friends too can read this, I hope pemuda-pemuda lalai di Malaysia juga akan sedar one day. Dunia ni bukanlah hanya tempat bersuka. Boleh je nak bersuka, tapi bukanlah keterlaluan. (okay kite dah start mebebel di sini, maaf..maaf)

    Anyways...keep up the good work. Keep up the wonderful piece of writing. Minta izin linkkkan blog ni dengan blog kite ye?

    'Aqilah
    http://nuraqil.iluvislam.com/

    ReplyDelete
  6. wassalam...

    aqilah, kite dh link kan blog ni tp blog awk xleh view..huhuhu..

    kite bdk br blaja..harap qilah leh tunjuk ajar..klu salah sila btolkan..klu nk membebel pon xper kite dgr jer :P

    ReplyDelete