..SELUK POKET KOSONG, BIBIR TERSENYUM..

Sering aku rasakan setiap perkara yang dilakukan tidak mengena dengan citarasa orang lain sambil tidak dapat berkata sesuatu pun untuk satu penjelasan. Pada masa yang sama, aku terlalu mencari ruang dalam fikiran menghakimi semula perlakuan itu. Kalaupun aku yang benar, pasti akan ada suara-suara sumbang yang berbisik "pasti dia tidak berpuas hati dengan kamu, Hakim". Kalau dulu langsung tidak ambil peduli tentang orang lain tetapi bila menjadi dewasa aku terasa seperti menatang dulang yang penuh dengan air hati dan perasaan orang lain.


Kalau kain yang putih kosong, kita mampu untuk menconteng untuk mencorakkannya. Tapi bagaimana pula dengan pandangan yang kosong? Mampukah tangan yang diberi dua ini untuk meraba-raba mengubah sesuatu yang "di sana"? Tiada yang mustahil tetapi perlulah bijak. Allah kurniakan akal, makhluk suci yang diciptakan sebelum Adam a.s untuk kita gunakan sebagai kenderaan. Mulianya ciptaan manusia di sisi Allah, diturunkan pula Kalam-Nya sebagai petunjuk kerana akal juga perlu dipimpin ibarat kuda yang liar kenalah ada pendatinya.

Berbalik dengan perasaan orang lain, kita takkan mampu untuk menjaga hati semua orang. Apa yang penting biarlah setiap perkara yang kita lakukan mendapat restu mak abah kerana di situ nanti pasti akan ada ketenangan. Apabila tenang tidak akan ada lagi gundah-gulana.

Seluk poket kosong, bibir tersenyum.

No comments:

Post a Comment