Kuasa baru yang mampu menjatuhkan. Inilah dia dunia blog yang semakin berkuasa mempengaruhi pemikiran seseorang, mungkin satu komuniti yang berkepentingan dalam dunia hari ini. Dari hanya sekadar tatapan berbentuk diari peribadi kepada satu medium penyebaran ideologi yang baru barangkali, perkembangannya semakin hari terbukti semakin menggila. Namun begitu, ianya tetap bergantung kepada pandangan seseorang itu dalam menilai baik dan buruk dunia blogger hari ini. Andai positif apa yang direncanakan, satu kelompok blogger yang saling menggunakannya untuk sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan dapat dibentuk dan secara tidak langsung penyebaran ilmu itu sedikit sebanyak mampu untuk memberi faedah kepada setiap pembaca. Sebaliknya, jika diolah dalam ruang yang penuh negativiti, ia hanya meracun dan memudaratkan pemahaman serta pemesongan bentuk fikiran dan dalam sesetengah keadaan, situasi ini amat membahayakan. Kita boleh melihat banyak contoh 'yin' dan 'yang' sama ada yang telah berlaku mahupun yang akan berlaku di sekeliling kita dalam negara Malaysia kita sendiri akibat daripada blogger-blogger hari ini. Mungkin sekarang tidak ramai yang memandang dunia blog ini satu keperluan tetapi suatu hari nanti tidak mustahil setiap pelajar IPTA dan IPTS, Politeknik, Matrikulasi diwajibkan memilki blog sendiri untuk kepentingan pada masa itu. Seperti pengunaan emel hari ini dan ramalan kepupusan komputer peribadi dalam jangka masa tertentu yang dibuat, dunia blog hari ini juga akan mengalami perubahan momentum akibat dari 'cuaca' dunia yang semakin tidak menentu.
Bagaimana benda yang kecil ini mampu mengubah dunia? Persoalan yang sering diajukan oleh 'bangsa-bangsa' yang sering memandang rendah pada setiap yang kecil. Tidak sukar untuk menjawab. Biarkanlah mereka terhantuk pasti akan terngadah. Ada pepatah Cina, "disebabkan ladam kuda hilang, kuda tak mahu berlari. Disebabkan kuda yang tak mahu berlari, utusan tidak dapat disampaikan. Disebabkan utusan yang tak kesampaian, negara kalah perang". Hebatnya fungus-fungus kecil yang membiak lalu menyebabkan kanser kulit. Inilah dia peranan si kecil tadi. Sekarang kita masih lagi belum faham kecuali selepas kita berperanan baik dalam blog ini. "sampaikanlah apa yang aku katakan hari ini kepada yang tidak hadir di sini semoga mereka akan lebih faham daripada kalian yang hadir" hadis nabi Muhammad S.A.W. dalam khutbah beliau yang terakhir. Jadi, tak perlulah melihat dunia blog dalam kata sisi kiri sahaja kerana kita masih lagi boleh berdakwah di sini. Sebarkanlah kebaikan di sini untuk kita bina tauladan dan yang buruk itu simpan sahaja untuk rangka tembok sempadan sana. Tinggi harapan dalam setiap blogger sebagai pejuang yang memakai pakaian Khalifah Bumi. Berjuang demi agama Islam tercinta, bangsa Melayu berdaulat, negara Malaysia terhormat.
Antara tanggungjawab atau hanya sekadar pendapat?...

No comments:
Post a Comment