..LASKAR PELANGI..

Bidang penulisan di Indonesia sering membuatkan aku berasa kagum. Mungkin pembudayaan ilmu di sana agak berbeza dengan Malaysia, hasil karya dari seberang sana sering mendapat penghargaan yang tinggi oleh negara luar. Bermula dengan karya novel, hari ini mereka sudah pandai mengadaptasikan dengan cemerlangnya hasil penulisan itu kepada sebuah filem. Mungkin sudah lama usaha ini berjalan cuma hari ini banyak penghasilan karya seni ini berjaya menembusi pasaran global. Lihat saja pada kejayaan novel Ayat-Ayat Cinta, karya Habiburrahman El-Shirazy yang telah menimbulkan satu fenomena pandangan cinta dari sudut Islam. Pengaruhnya sehingga hari ini masih lagi mekar di kalangan pelajar sehinggalah golongan professional.

Sebuah lagi filem yang diadaptasikan dari sebuah novel yang turut dijangka mendapat sambutan yang bagus adalah Laskar Pelangi. Novel ini sebenarnya pernah dibincangkan di dalam kelas Penulisan Kreatif yang pernah aku ambil pada semester lepas. Cikgu Zulkifli Khair telah mengajak pelajr-pelajar untuk menyingkap kisah menarik yang disampaikan oleh penulis dalam Laskar Pelangi. Kisah yang berlaku itu adalah pengalaman sebenar penulis semasa zaman kecilnya yang tinggal di sebuah kawasan kepulauan di Indonesia. Baca isi novel dan tontoni filemnya. Ini sedikit sebanyak mampu untuk membuat perbandigan mutu penulisan dan filem itu untuk dibandingkan dengan karya seni Malaysia. Kita mempunyai penulis-penulis yang mempunyai idea-idea yang kreatif dalam bidang penulisan dan pengarah-pengarah filem yang mampu untuk menghasilkan filem bermutu tinggi. Artis-artis kita juga tidak kurang hebatnya di pentas dunia. Mengapa tidak mereka berganding bahu menghasilkan sebuah karya yang melengkapi antara satu sama lain?

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya

Laskar Pelangi

1 comment:

  1. heh x der la hebat...
    ni sekadar mengisi kelapangan...
    tuka link ngn aku ekk...

    hee :D

    ReplyDelete